Cara aktifkan ciri tersembunyi mod gelap Youtube.
Baru-baru ini, sumber dari Reddit telah menjumpai ciri tersembunyi bagi Youtube iaitu mengaktifkan mod gelap (dark mode). Jadi cara untuk mengaktifkan mod gelap Youtube adalah seperti berikut :-
- Langkah pertama
Anda perlu pergi ke bar Menu Chrome di bahagian View dan pilih Developer tools di bahagian Developer.
- Langkah kedua
Selepas itu anda akan dapat paparan seperti rajah di bawah.
Di sini anda pilih bahagian Console. Kemudian salin dan tampal teks berikut ke bahagian tersebut :-
document.cookie=”VISITOR_INFO1_LIVE=fPQ4jCL6EiE”
Selepas itu tekan butang Enter.
- Langkah ketiga
Sekarang anda perlu keluar dari paparan Developer Tools dengan klik pada butang pangkah seperti pada rajah di atas dan refresh semula laman web Youtube itu tadi.
- Langkah keempat
Selepas selesai langkah-langkah di atas, anda akan dapati terdapat sedikit perubahan pada laman web Youtube tersebut. Terdapat ikon di bahagian kanan atas bersebelahan dengan butang SIGN IN seperti rajah di bawah yang boleh anda klik. Ia merupakan ikon tersembunyi yang tiada sebelum ini.
Sekarang klik pada ikon tersebut bagi melihat tetapan mengaktifkan mod gelap Youtube.
Setakat yang AriffMac telah cuba, anda boleh aktifkan mod gelap menggunakan cara ini pada beberapa aplikasi pelayar web yang lain. Bukan hanya di pleayar web Chrome sahaja, tetapi juga di aplikasi Firefox dan Opera juga boleh menggunakan cara ini. Anda cuma perlu memasuki mod Developer Tools sahaja bagi mengaktifkan mod gelap ini (Safari AriffMac dah cuba tapi tak boleh). Langkah-langkah yang AriffMac kongsikan adalah sama seperti di atas. Mod gelap buat masa ini hanya boleh diaktifkan di komputer meja sahaja (tidak boleh untuk peranti mudah alih seperti iOS dan Android).
Selamat mencuba.


