Cuba Mac OS 6 dari pelayar web

In Lain-lain, Mac, macOS On
Cuba Mac OS 6 dari pelayar web

Kini anda boleh cuba menggunakan sistem operasi klasik Mac OS 6 dari pelayar web.

Mac OS pertama yang AriffMac gunakan adalah Mac OS 9 di iMac pada tahun 2001. Jadi memang tak pernah berpeluang menggunakan Mac OS terdahulu sebelum itu. Tetapi kini kita boleh mencuba sistem operasi klasik yang digunakan dalam Mac terdahulu iaitu Mac OS 6 yang beroperasi di Macintosh IIx. Mac OS 6 mula diperkenalkan pada bulan April tahun 1988 dan beroperasi di Macintosh IIx yang diperkenalkan pada bulan September tahun yang sama. Untuk menggunakan sistem Mac OS 6 ini, perkakasan Mac tersebut perlulah menggunakan sekurang-kurangnya cip pemprosesan Motorola 68000 serta RAM 1MB.

Selain Macintosh IIx, MacOS 6 turut digunakan di Mac keluaran kemudiannya seperti Macintosh SE/30, Macintosh IIcx, Macintosh IIci serta beberapa lagi Mac keluaran yang lain.

Mac OS 6 turut dikemaskini beberapa kali iaitu dari Mac OS 6.0 hinggalah ke Mac OS 6.0.8L. Kemudian ia digantikan dengan Mac OS System 7 pada tahun 1991. Untuk mencuba Mac OS 6 ini, anda boleh ke laman web archive.org bagi mencuba sendiri sistem Mac klasik ini. Selain itu terdapat juga sistem operasi Mac OS Sytem 7.0.1 yang boleh anda cuba serta perisian-perisian klasik Mac OS yang lain seperti MacDraft dan MacPaint di laman web tersebut. Internet Archive merupakan sebuah perpustakaan maya yang menyimpan pelbagai hasil kerja yang diubah formatnya kepada format digital bagi membolehkan pengguna mengakses maklumat-maklumat tersebut secara percuma. Selain menyimpan pelbagai jenis laman web, ia juga menyimpan pelbagai jenis buku, rakaman audio, gambar dan program perisian-perisian komputer. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web archive.org.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu