Kemaskini minor laman web iCloud

In Lain-lain On

iCloud.com menggantikan latar belakang grafik statik dengan grafik animasi.

Apple. Inc telah melakukan kemaskini minor paparan grafik bagi laman web iCloud. Jika sebelum ini grafik latar yang digunakan adalah statik, kini ia digantikan dengan grafik animasi bubble berwarna biru. iCloud.com merupakan laman web yang berfungsi dengan menghubungkan servis aplikasi di peranti Apple yang ada iaitu iPhone, iPad, iPod touch, Mac serta PC.

Setiap data-data yang disimpan di aplikasi seperti Mail, Contacts, Photos dan Notes akan dihubungkan bersama iCloud dengan aplikasi tersebut. Ini bermakna pengguna boleh mengakses data-data tersebut walau di mana sahaja mereka berada walaupun menggunakan peranti yang selain daripada milik pengguna itu sendiri. Yang penting adalah pengguna telah melakukan penetapan fungsi iCloud dari peranti Apple atau PC mereka.

Tetapan fungsi iCloud di System Preferences macOS.

Malah pemilik akaun Apple juga boleh menggunakan aplikasi alternatif Microsoft Office dari Apple iaitu Pages (sama fungsi seperi Microsoft Words), Keynote (sama fungsi seperti Microsoft Power Point) dan Numbers (sama fungsi seperi Microsoft Excel). Untuk mengakses iCloud.com, anda hanya perlukan akaun Apple yang sah.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu