MacBook 13″ keluaran 2010 dikategorikan sebagai produk vintaj

In Lain-lain, Mac On
MacBook 13" keluaran 2010 dikategorikan sebagai produk vintaj

Generasi terakhir MacBook Polycarbonate (plastik) berwarna putih kini sudah usang.

Apple hari ini telah mengkategorikan MacBook 13″ keluaran pertengahan 2010 sebagai produk vintaj. MacBook ini menggunakan rekaan material daripada plastik yang berwarna putih. AriffMac pernah menggunakan MacBook ini tetapi genereasi yang lebih awal iaitu keluaran 2009. Perbezaan paling ketara antara generasi MacBook ini adalah dari aspek rekaan badan MacBook tersebut serta kuasa pemprosesan yang ada.

Untuk MacBook generasi 2010 ini, Apple secara diam-diam menaik taraf perkakasannya bagi menggantikan perkakasan keluaran MacBook lewat 2009 iaitu selepas tidak lama ia diperkenalkan pada pertengahan tahun 2009. Apple telah menaik taraf cip pemprosesannya kepada Intel Core 2 Duo 2.4Ghz (terdahulu 2.26Ghz) dan kad grafik nVidia GeForce 320M. Malah sokongan kapasiti RAM juga ditambah daripada 8GB kepada 16GB (spesifikasi standad hanya didatangkan dengan 2GB RAM sahaja). Manakala sistem operasi Mac OS X yang digunakan pada waktu itu adalah Mac OS X 10.6.3 Snow Leopard.

MacBook ini akhirnya dihentikan pengeluaran serta jualannya pada pertengahan tahun 2011. Sepanjang pengalaman AriffMac sewaktu menjadi penjual barangan Mac ini sekitar tahun 2011, keluaran MacBook ini lebih popular dikalangan wanita kerana menurut mereka ia nampak comel. Hmmm…

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu